- Kita hendaklah bersikap ihsan / menyayangi binatang (1m) agar hati tidak menjadi keras (1m).
- - Kita hendaklah bersifat ihsan dalam semua perkara (1m) supaya melahirkan sifat kasih sayang (1m).
- Kita hendaklah menghindarkan diri dari perbuatan menganiayai binatang (1m) kerana ianya makhluk Allah SWT (1m).
Wednesday, March 1, 2017
Pengajaran hadis:
KBAT 2
Tidak mempunyai kefahaman yang jelas tentang dosa (1m) iaitu balasan buruk kepada manusia yang melakukan kesalahan kepada Allah dan makhlukNya di dunia (2m) menyebabkan wanita tersebut tiada sifat kasihan belas terhadap binatang (3m). Kesimpulannya kita hendaklah mendalami ilmu sebelum bertindak dalam melakukan sesuatu perkara (4m).
KBAT 1
Bersikap kejam / suka memberontak (1m) kerana tidak menyayangi makhluk Allah SWT (1m) sedangkan sifat penyayang amat dituntut oleh Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang (3m). Kesimpulannya kita hendaklah menanam sifat hormat menghormati sekalipun perasaan hormat kepada binatang kerana ianya adalah makhluk Allah juga (4m).
Bentuk penganiayaan terhadap binatang:
- Menyabung / melaga binatang
- Memusnahkan habitat binatang
- Pelihara binatang dalam sangkar
- Melontar / menghumban binatang
- Memukul dan menyeksa binatang
- Kurung binatang tanpa diberi makan
- Merendam dalam air sehingga lemas
- Menjadikan binatang sebagai sasaran memanah
Cara berlaku ihsan ketika menyembelih binatang:
- Menggunakan pisau (1m) yang tajam (1m).
- Tidak tergesa-gesa (1m) ketika melapah binatang (1m).
- Mengelakkan menyembelih binatang (1m) di hadapan haiwan lain (1m).
- Membaringkan binatang sembelihan (1m) di tempat yang rata (1m).
- Memberi minum kepada binatang (1m) sebelum menyembelih (1m).
- Melakukan sembelihan secara cepat (1m) dengan sebaik-baiknya (1m).
- Tidak menyembelih binatang yang bunting / menyusukan anak (1m) kerana binatang dalam keadaan lemah (1m).
- Tidak mengheretnya secara kasar atau menyeksa badannya (1m) ketika dibawa ke tempat sembelihan (1m).
Perlakuan ihsan seseorang ketika membunuh binatang:
- Tidak menyeksa sebelum membunuh
- Tidak membunuh dengan kejam seperti membakar
- Menggunakan alat dan cara yang mempercepatkan mati
- Memastikan alat yang digunakan sesuai untuk membunuh
Kepentingan belas kasihan (ihsan) terhadap binatang:
- mendapat ganjaran dan rahmat (1m) daripada Allah SWT (1m).
- - melahirkan masyarakat penyayang (1m) kepada makhluk Allah SWT (1m).
- menunjukkan rasa hormat dan simpati (1m) terhadap binatang (1m).
- memelihara habitat binatang (1m) daripada kerosakan dan kemusnahan (1m).
- membentuk indKividu (1m) yang cintakan kebaikan dan bencikan keburukan (1m).
Subscribe to:
Posts (Atom)